Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNYA dgn keluasan rezeki & rasa kaya dgn pemberianNYA. Allah memberi jln buat setiap hambaNYA utk memperoleh rezeki dlm pelbagai bentuk yg boleh menjadi punca kebaikan dunia & akhirat... Antaranya:
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri
hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan
membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku
akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”
(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah
.a.)
2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah
rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab
Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa
dan kehidupan si hamba.
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak
istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan
segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”
(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah
bin Abbas .a.)
3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak
laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah
malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:
“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa
yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)
4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa
lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman.
Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram
dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi
tenteram.” (Ar-ra’d: 28)
5. Berbakti dan mendoakan ibu
bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar
siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada
ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya
dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani,
al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi
sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya
nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan
ad-Dailami)
6. Berbuat baik dan menolong orang yang
lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan
dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri
dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan
kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat
Bukhari)
7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan
hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat
sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan
menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)
8. Banyak
berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau
cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan,
kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya
semua hajat. Wallahu a’lam.
9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu
Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan
rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan
pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki
dan makhluk lain mengutuknya.”
10. Berpagi-pagi
Menurut
Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai
solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.
11. Menjalin
silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:
“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya
maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat
Bukhari)
12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab
desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara
termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya
Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid
al-Walid)
13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat
Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada
Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang
Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar
nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya
Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah
menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas
.a.)
14. Melazimi solat malam (Tahajud)
Ada
keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi
sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.
15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu
orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia
tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan
empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku
cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan
Thabrani)
16. Bersyukur kepada Allah
Syukur
ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur
nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi
nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku
amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan
memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran:
145)
17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran
tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain
menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus
untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi
kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah
at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali
lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan
murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan)
dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu;
misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah ,
bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya
Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah
setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.
18.
Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh
bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran,
Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.
19.
Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah.
Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang
dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada
orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan
al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang
boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang
dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim
lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak
dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat
dijauhinya yang haram, dan sebagainya.
20. Bertawakal
Dengan
tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan
(keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w.
bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar
tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari
lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah,
Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua
yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan
takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) ,
dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq:
2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang
sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi
sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan
rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.
PENGUMUMAN
atau
whatsapps
012-5699606
-utk 20 orang pertama akan dapat harga PROMO-
-serta guide dan ajar cara2 makan yang betul-