Nuffnang Ads

Kuasa Doa

Kuasa Doa

Tuesday, January 28, 2014

Pelan Ubahsuai Rumah

Hoyeee!
 
Bukan senang nk buat keputusan utk renovate rumah... serba serbi kna kaji... kami suami isteri bukanlah berdiam diri duk sje tanpa memikirkan apa yang perlu dibuat sebelum masuk rumah.... puas aku google cari info dlm internet... cm2 la aku search i.e; design, layout, kontraktor, budget, perkara2 yg perlu dibuat sebelum masuk umah baru dll....
 
Alhamdulillah setelah puas berfikir dgn idea2 yg bersesuaian serta mengambilkira bajet dan kos keseluruhan utk pelan ubahsuai umah ni... Barulah kami membuat keputusan utk meneruskan projek ini... bagi aku biar lmbat skit asalkan berpuas hati...
 
Lagipun ni adalah pengalaman pertama kami... so byk bnda nk kna amik tau & blajar... Aku cuba gather info dgn mbaca dan bertanya dgn org2 yg da pengalaman...

Sebelum nk bincang dgn kontraktor, haruslah aku draw sdiri ape yg kta org nak... hahaha pelukis pelan x terlatih... asal kami suami isteri faham kira ok... then bru ceta dgn kontraktor...

Taraaa hasil pelan rekaan aku... korang abaikn ape yg aku conteng kt bhgn atas tu.... bahagian yg bertanda merah tu adalah pelan asal umah yg aku bli... so yg luar kotak merah tu la yg nk di tambah... Angan2 tinggi tu hahaha....


 
 
umah aku ni end lot, so da la tanah kosong kt tepi umah... tu juga antara sbb knapa kta org decide plih umah ni msa mula2 nk bli dlu... even tanah serong tp umah ni hujung skali... sok2 kalu nk uat knduri kendara senang ceta... hahahha pkir jauh tu...
 
ok laa aku dh ngantuk ni... sambung len ari....
 
 
PENGUMUMAN

Berminat utk mendapatkan produk SHAKLEE dgn harga jauh lebih murah!

boleh email di
niniey1shop@gmail.com

atau

whatsapps
012-5699606


-utk 20 orang pertama akan dapat harga PROMO-
-serta guide dan ajar cara2 makan yang betul-
 
 

Monday, January 27, 2014

20 Amalan Murah Rezeki

Amalan-amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hambaNYA dgn keluasan rezeki & rasa kaya dgn pemberianNYA. Allah memberi jln buat setiap hambaNYA utk memperoleh rezeki dlm pelbagai bentuk yg boleh menjadi punca kebaikan dunia & akhirat... Antaranya:
 
 
1. Menyempatkan diri beribadah
Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya, seperti firman-Nya dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, sempatkanlah untuk menyembah-Ku maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu. Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan dan Aku tidak menutup kefakiranmu.” (Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah .a.)

2. Memperbanyak istighfar
Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba.
 
Sabda Nabi s.a.w.:
“Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah s.w.t akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” (Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas .a.)
 

3. Tinggalkan perbuatan dosa
Istighfar tidak laku di sisi Allah jika masih buat dosa. Dosa bukan saja membuat hati resah malah menutup pintu rezeki. Sabda Nabi s.a.w.:

“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki kerana dosa yang dibuatnya.” (Riwayat at-Tirmizi)  

4. Sentiasa ingat Allah
Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Ini rezeki yang hanya Allah beri kepada orang beriman. Firman-Nya:
“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah . Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” (Ar-ra’d: 28)

5. Berbakti dan mendoakan ibu bapa
Dalam hadis riwayat Imam Ahmad, Rasulullah s.a.w. berpesan agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahi rezekinya, hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan. Baginda s.a.w. juga bersabda:
“Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” (Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)
Mendoakan ibu bapa juga menjadi sebab mengalirnya rezeki, berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:
“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya nescaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya.” (Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)

6. Berbuat baik dan menolong orang yang lemah
Berbuat baik kepada orang yang lemah ini termasuklah menggembirakan dan meraikan orang tua, orang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil. Sabda Nabi s.a.w.
“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki melainkan kerana orang-orang lemah di kalangan kamu.” (Riwayat Bukhari)

7. Tunaikan hajat orang lain
Menunaikan hajat orang menjadi sebab Allah lapangkan rezeki dalam bentuk tertunainya hajat sendiri, seperti sabda Nabi s.a.w.:
“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…” (Riwayat Muslim)

8. Banyak berselawat
Ada hadis yang menganjurkan berselawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai kerana selawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan, dan kesukaran serta meluaskan rezeki dan menyebabkan terlaksananya semua hajat. Wallahu a’lam.

 

9. Buat kebajikan banyak-banyak
Ibnu Abbas berkata:
“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati, kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain. Manakala kejahatan pula boleh menggelapkan rupa, menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki dan makhluk lain mengutuknya.”

10. Berpagi-pagi
Menurut Rasulullah s.a.w., berpagi-pagi (memulakan aktiviti harian sebaik-baik selesai solat Subuh berjemaah) adalah amalan yang berkat.


11. Menjalin silaturrahim
Nabi s.a.w. bersabda:

“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya.” (Riwayat Bukhari)

12. Melazimi kekal berwuduk
Seorang Arab desa menemui Rasulullah s.a.w. dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk mahu dimurahkan rezeki oleh Allah . Baginda s.a.w. bersabda:
“Sentiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas) nescaya Allah akan memurahkan rezeki.” (Diriwayatkan daripada Sayidina Khalid al-Walid)

13. Bersedekah
Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah buka pintu rezeki. Nabi s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:
“Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” (Riwayat ad-Daruquthni dari Anas .a.)

14. Melazimi solat malam (Tahajud)
Ada keterangan bahawa amalan solat tahajjud memudahkan memperoleh rezeki, menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orang dan doanya dimakbulkan Allah.


15. Melazimi solat Dhuha
Amalan solat Dhuha yang dibuat waktu orang sedang sibuk dengan urusan dunia (aktiviti harian), juga mempunyai rahsia tersendiri. Firman Allah dalam hadis qudsi:
“Wahai anak Adam, jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan empat rakaat pada waktu permulaan siang (solat Dhuha), nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.” (Riwayat al-Hakim dan Thabrani)

16. Bersyukur kepada Allah
Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah . Lawannya adalah kufur nikmat. Allah berfirman:
“Demi sesungguhnya! Jika kamu bersyukur, nescaya Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu, dan demi sesungguhnya jika kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amat keras.” (Ibrahim: 7)
Firman-Nya lagi: “… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.” (Ali Imran: 145)

17. Mengamalkan zikir dan bacaan ayat Quran tertentu
Zikir dari ayat-ayat al-Quran atau asma’ul husna selain menenangkan, menjenihkan dan melunakkan hati, ia mengandungi fadilat khusus untuk keluasan ilmu, terbukanya pintu hidayah, dimudahkan faham agama, diberi kemanisan iman dan dilapangkan rezeki.
Misalnya, dua ayat terakhir surah at-Taubah (ayat 128-129) jika dibaca secara konsisten tujuh kali setiap kali lepas solat, dikatakan boleh menjadi sebab Allah lapangkan kehidupan dan murahkan rezeki.
Salah satu nama Allah , al-Fattah (Maha Membukakan) dikatakan dapat menjadi sebab dibukakan pintu rezeki jika diwiridkan selalu; misalnya dibaca “Ya Allah ya Fattah” berulang-ulang, diiringi doa: “Ya Allah , bukalah hati kami untuk mengenali-Mu, bukalah pintu rahmat dan keampunan-Mu, ya Fattah ya ‘Alim.” Ada juga hadis menyebut, siapa amalkan baca surah al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kepapaan. Wallahu a’lam.


18. Berdoa
Berdoa menjadikan seorang hamba dekat dengan Allah , penuh bergantung dan mengharap pada rahmat dan pemberian dari-Nya. Dalam al-Quran, Allah suruh kita meminta kepada-Nya, nescaya Dia akan perkenankan.


19. Berikhtiar sehabisnya
Siapa berusaha, dia akan dapat. Ini sunnatullah. Dalam satu hadis sahih dikatakan bahawa Allah berikan dunia kepada orang yang dicintai-Nya dan yang tidak dicintai-Nya, tapi agama hanya Allah beri kepada orang yang dicintai-Nya saja. (Riwayat Ahmad, Ibnu Abi Syaibah dan al-Hakim)
Bagi orang beriman, tentulah dia perlu mencari sebab-sebab yang boleh membawa kepada murah rezeki dalam skop yang luas. Misalnya, hendak tenang dibacanya Quran, hendak dapat anak yang baik dididiknya sejak anak dalam rahim lagi, hendak sihat dijaganya pemakanan dan makan yang baik dan halal, hendak dapat jiran yang baik dia sendiri berusaha jadi baik, hendak rezeki berkat dijauhinya yang haram, dan sebagainya.


20. Bertawakal
Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah . Firman-Nya:
“Barang siapa bertawakal kepada Allah , nescaya Allah mencukupkan (keperluannya) .” (At-Thalaq: 3)
Nabi s.a.w. bersabda:
“Seandainya kamu bertawakal kepada Allah dengan sebenar-benar tawakal, nescaya kamu diberi rezeki seperti burung diberi rezeki, ia pagi hari lapar dan petang hari telah kenyang.” (Riwayat Ahmad, at-Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Hibban, al-Hakim dari Umar bin al-Khattab .a.)
Kesemua yang disebut di atas adalah amalan-amalan yang membawa kepada takwa. Dengan takwa, Allah akan beri “jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) , dan memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (At-Talaq: 2-3)
Pendek kata, bagi orang Islam, untuk murah rezeki dalam ertikata yang sebenarnya, kuncinya adalah buat amalan-amalan takwa. Amalan-amalan ini menjadi sebab jatuhnya kasih sayang Allah , lalu Allah limpahi hamba-Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian-Nya.





PENGUMUMAN

Berminat utk mendapatkan produk SHAKLEE dgn harga jauh lebih murah!

boleh email di
niniey1shop@gmail.com

atau

whatsapps
012-5699606


-utk 20 orang pertama akan dapat harga PROMO-
-serta guide dan ajar cara2 makan yang betul-


 

Sunday, January 26, 2014

Rumahku Syurgaku...

Ceta dh basi tahun lpas tp aku peduli ape kn... nk gak share kt sni.. hihi... Syukur Alhamdulillah rasa happy sgt sbb kami dh dpt kunci umah DSQ (Desa Seri Qaseh)... aku panggil DSQ jer senang... RUMAHKU SYURGAKU... lma gak la kami tgu nk dpt kunci... at last after election 2013 baru setel...
 
Ari2 lalu mampu pandang jer... kunci x dpt lg time tu... rumah yg kami beli ni tepi main road.. jln nak msuk DSQ ni naik bukit skit... sapa2 yg tgal area Sepang may b tau kot... DSQ ni opposite dgn IKTBN, Sepang (Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara)...
 
Perasaan aku ni lain skit bla dh ada umah sdiri.. aku rsa korang pun akan rsa bnda yg sma aku rasa... maklum la slama ni duk mnyewa jer... spa x suka kn da umh sdiri... huhuhu... happy & x sbar nk duk umah baru.. tp relaxxx2 kami suami isteri da plan something b4 pindah... better setelkn pe yg patut dlu... #jgnnakgelojohsgtnohh
 
So utk entry ni, aku nk share dlu bentuk umah asal kami... Tadaaaaaaaaaaa
 
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
 
- bahagian depan umah-
 
 
-pandangan sisi umah-
 
 
- bahagian tepi umah-
 
 
- taman permainan depan umah-
 
 
- pencawang TNB sebelah umah-
 
 
 
Tu dia umah asal aku sebelum kerja2 renovation bermula... kalu rajin next entry aku update progress renovation....




PENGUMUMAN

Berminat utk mendapatkan produk SHAKLEE dgn harga jauh lebih murah!

boleh email di
niniey1shop@gmail.com

atau

whatsapps
012-5699606


-utk 20 orang pertama akan dapat harga PROMO-
-serta guide dan ajar cara2 makan yang betul-
 
 

Thursday, January 16, 2014

SHARING: oRang2 BerJAYA

1. mesti yakin dgn langkah pertama

pernah x korang dgr pepatah melayu "Perjalanan beribu batu bermula dgn langkah pertama".... maknanya kejayaan tu x dtg bergolek yer kawan2 skalian.... jgn hingat jtuh 'gedebuk' hambik jer depn mata... ermmmm klu cm tu aku pn nak... hehehe... ko sendiri kna mau hingat... kta perlu USAHA + USAHA + USAHA tanpa rsa jemu.... benda klu ko nk, sdiri mau hingat... x sapa yg dtg nk suap kt ngko...

so yg penting kta kna la bentuk KEYAKINAN diri yg kuat utk lgkah pertama.... dan harus siap sedia dgn sbarang KEMUNGKINAN (mental, fizikal, emosi) kemudian ari... huhu yg penting ko kna USAHA la beb.... bru teruji diri ni....

ko buang jauh2 prasaan ragu2 dlm diri... bru la bole EXCELLENT... cewwaahhh



2. keluar arrr dr ZON SELASA

bangun laaa woittt.... moh kta buka mta.... tdo lma2 pn x guna perr.... bukan duit n kesenangan gedebuk jatuh hahahah.... hati pn x senang dowwhhh... korang pernh dgr apa itu ZON SELESA?? ZON SELESA = keadaan d mana kta sudh biasa dgn keadaan tu... lantas ko akan jd lemah n kurang bdaya saing.... ader pahem??? hehehe x pham ko pejam la mta tu trus (furrhhh sguh laser)...

so utk bjaya kta kna kuar dr ZON ni... "TEPUK DADA, TANYA SELERA" aper yg kta mau.... then bru bole move... yg penting smua tu kna ikhlas n dtang nya dr HATI sdiri...


okies rajin2 nti aku smbung.... peringatan utk diri sendiri & smua... renung2kan & slmat beramal...


Tuesday, January 14, 2014

Salam Maulidur Rasul


Assalam & Selamat Pagi smua...


jom kta sma2 luangkan hari cuti kta dgn berselawat ke atas JUNJUNGAN NABI MUHAMMAD S.A.W
perbanyakkan selawat serta sebarkan kpd kwn2 & sedara mara...
dengan ini, kta akan membuat beribu malah berjuta-juta org berselawat ke atas
NABI MUHAMMAD S.A.W 

صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
يَا نَبِيْ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا رَسُوْل سَلاَمٌ عَلَيْكَ
يَا حَبِيْبُ سَلاَمٌ عَلَيْكَ
صَلَوَاتُ الله عَلَيْكَ
 
أَشْرَقَ الْبَدْرُ عَلَيْنَا
فَاخْتَفَتْ مِنْهُ الْبُدُوْرُ
مِثْلَ حُسْنِكَ مَا رَأَيْنَا
قَطُّ يَا وَجْهَ السُّرُوْرِ
 
أَنْتَ شَمْسٌ أَنْتَ بَدْرٌ
أَنْتَ نُوْرٌ فَوْقَ نُوْرٍ
أَنْتَ إِكْسِيْرٌ وَغَالِي
أَنْتَ مِصْبَاحُ الصُّدُوْرِ
 
يَا حَبِيْبِيْ يَا مُحَمَّد
يَا عَرُوْسَ الْخَافِقَيْنِ
يَا مُؤَيَّدُ يَا مُمَجَّدُ
يَا إِمَامَ الْقِبْلَتَيْنِ
 
مَنْ رَأَى وَجْهَكَ يَسْعَد
يَا كَرِيْمَ الْوَالِدَيْنِ
حَوْضُكَ الصَّافِى الْمُبَرَّد
وِرْدُنَا يَوْمَ النُّشُوْرِ
 
مَا رَأَيْنَا الْعِيْسَ حَنَّتْ
بِالسُّرَى إِلاَّ إِلَيْكَ
وَالْغَمَامَةْ قَدْ اَظَلَّتْ
وَالْمَلاَ صَلُّوْا عَلَيْكَ
 
عَالِمُ السِّرِّ وَأَخْفَى
مُسْتَجِيْبُ الدَّعَوَاتِ
رَبِّ إرْحَمْنَا جَمِيْعًا
بِجَمِيْعِ الصَّالِحَاتِ
 
وَصَلاَةُ الله عَلَى أَحْمَد
عَدَّ تَحْرِيْرِ السُّطُوْرِ
أَحْمَدُ الْهَادِي مُحَمَّد
صَاحِبُ الْوَجْهِ الْمُنِيْرِ
 
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
صَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّد
صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
 
اَللَّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْهِ

Tuesday, January 7, 2014

EnTry MaKan2

Hari sabtu @ ahad slalunya keja aku mngemas umah, basuh baju, msak n bla blaa blaaaa.....
alaaa cm korg x biasa kn... dh tu pn tanggungjwab ko.... hahahaaa

Nk2 plak skrg musim ujan... bsuh baju pn lambt kering... kdg tu tpaksa aku keringkn kt kedai guna dryer... bukan pe aku kn duk umah flat... ko paham2 sdiri la tmpat nk jmur kain tu.... sgt la terhad... hahaha sejak2 dh pndai guna dryer ni... asyik la ke kedai... RM 4 jew kot... tgu lbih kurang 24mins dh siap... next time aku share entry psal dryer ni...

ari ni aku mlas nk ceta2.. so korg layan jer gmbo2 ni...

 
-taugeh masak lemak-
 
 
-telor dadar, ikan goreng, tomato (aku uat ulam) & sambal belacan-
 
 
-tomyam-
 
 
-pecal-
 
 
-chicken wings-
 
 
-fritters pisang-
yg ni hubby aku uat utk minum ptg
 
 
ni smua menu time weekend... aku msak simple2 jeww... stakat isi pewot kami bdua... janji laki aku ckp sdap... hahaha

Saturday, January 4, 2014

Cont... Cuti2 with Texas Chicken

Furrhhh bukan main lama ko nk sambg entry ari tu... hihi aku kan keja... so pepehal weekend la aku update... #alasanlakonon hahaha
 
bagi la chann.. aku kn bru nk bjinak2 dlm blogging ni...
 
ok cont. ceta aku kt sunway msa cuti ari tu... slain window shopping actually dlm kpala otak aku dh plan sbnarnya ape nk bli... aku klu nk kuar msti dh plan ape nk cari.. mlainkn kta org mmg saja2 kuar... bla kuar sja2 ni, kejanya sudah pasti la mkn + tgk wayang... hahhahaa kita org laki bini mmg suka JJCM...
 
time tu aku da la shopping brg2 personal skit... dh lma kot x kuar jln2.. ni smua gara2 aku kerja weekend... asyik outstation kata ko... smpi kn blik umah tukar baju dlm beg jeww... sian laki aku kna tgal sorg2 kt umh... now dh kureng skit...
 
jln punya jln sedar2 dh kt magrib... mmg x bis la klu ko sgah smua kdai dlm tu... lengoh gak nk menapak 1 sunway... so alang2, solat dlu & cari mkn b4 ciowww...
 
korang pnah mkn Texas Chicken x? fast food alaaa2x KFC... setahu aku restoran ni still new in Malaysia and the first Texas Chicken Restoran adalah kt AEON Bukit Tinggi Shopping Centre buka 31st January 2013... now dh byk branch.. so ko bole google jer..



kiranya ni 1st time kta org mkn... b4 ni laki aku asyik laa pujuk ajak mkn Texas Chicken... siap duk ber syair tepi telingaa aku.. sian dia... aku ni malas skit nk kuar g jauh2.. so dpt gak laki aku mkn Texas #lakiakudanayamtakdapatdipisahkn... hahaha kebetuln sunway ada Texas Chicken... moh kiter merasa...





bg aku Texas Chicken ni mmg best... rsa rempah dia mmg myerap smpi ke isi ayam... aku suka aku suka hihi... skali skala cuba mknan baru... asyik mkn bnda sma jerr mmg la ko buhsan tahap melampau... next time klu jmpa Texas Chicken mmg akn ku singgah lg... terbaekk ayam dia!!!

mashed potato pn sdap.. yummmy2x... da 1 lagi menu yg len skit kt Texas Chicken ni dia punyer classic sides... Ni dia Honey-Butter Biscuits

 
 
utk details info korang bole lawati:
 
 
Daaa......
 


Wednesday, January 1, 2014

Sorry... Thank you... Selamat Tahun Baru 2013



Jika 2013 banyak silap & salah aku...

Ampun & maafkanlah daku.. hukhukk
Aku cuma insan biasa yang punyai kelemahan seperti insan lain...
Tak berdaya nak angkat jari kelingking ni jika tidak dgn izin & kuasaNYA...

TQ gak kpd smua org di sekeliling yg membuatkn aku tersenyum...
My lovely hubby, family aku, family mertua serta kawan2 yg jauh mahupun dkat...
Sentiasa bg aku semangat & dorongan utk trus ke hadapan...

Thank you Allah dengan limpahan rezeki yg diberikan...
Kesihatan, Kasih Sayang, Kesabaran, Keredhaan, Kekuatan Mental & Semangat..
Ya Allah sesungguhnya
Aku lemah tanpa petunjukMu
Aku buta tanpa bimbinganMu
Aku cacat tanpa hidayahMu
Aku hina tanpa rahmatMu
Berilah aku petunjuk ke arah rahmatMu
Amin Ya Rabbi Allamin...

Semoga 2014, membawa pembaharuan, rezeki,
barokah, kesenangan, kebahagian, keimanan pada kami sekeluarga...

Kita buang pujian yg dlemparkan pd kta..
Sbb ia kurang bmakna...

Sebaliknya kta simpan teguran, utk penambahbaikan tahun ini..

Selamat Tahun Baru 2014...

ORDER FORM

Customer Status:
Full Name:
I/C Number:
Email Address:
H/P Number:
Shipping Address:
Product Code/ Name:
Quantity:
Payment Method: Maybank to Maybank
Maybank to CIMB
CIMB to CIMB
CIMB to Maybank
Total Payment (RM):
Important Message:

Create a web form here